Organic Saffron is selling fast! Get yours today! Beli Sekarang!
Cart 0

RESEPI MASAKAN: SAMBAL UDANG SAFFRON VIRAL

RESEPI MASAKAN: SAMBAL UDANG SAFFRON VIRAL 


Sebagai suri rumah atau ibu-ibu, time nak masak lah pening kepala sekali.. Yelah, hari-hari kita masak, hari-hari kita akan cari menu lain untuk masak. Kadang-kadang kita sendiri dah buntu nak masak apalah untuk hari ini, kan?

Takpa saya faham perasan anda semua. Kalau kita masak menu yang sama hari-hari nanti suami dan anak-anak jemu dengan menu yang kita hidangkan. Memandangkan ini pertama kali saya kongsikan berkenaan Resepi Masakan. Saya ada menu yang best untuk ibu-ibu sekalian. 

Nama resepi ini saya namakan sebagai Sambal Udang Saffron Viral. Kenapa saya namakan Sambal Udang Saffron Viral? 

Sebab asal-usulnya nama menu ini Sambal Udang Viral. Tapi saya nak tambahkan khasiat dalam masakan saya, jadi saya tambahkan saffron. 


Apa Itu Saffron Dan Kelebihan Saffron?

Bagi ibu-ibu yang belum pernah dengar lagi apa itu saffron. Saya terangkan secara ringkas, Saffron merupakan sejenis herba yang sangat baik untuk tubuh badan kita.

Saffron ini baik dari segi kesihatan dan kecantikkan. Dan kita boleh juga amalkan dalam masakan. 


Resepi Sambal Udang Saffron Viral

Bahan-Bahan:-

  • 200g udang (boleh tambah lg kalau nak) 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 
  • sedikit belacan 
  • 3 biji cili merah 
  • 10 biji cili api
  • 1/2 biji tomato 
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1/4 cawan air 
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 3/4 stigma saffron


Cara Penyediaan:-

  1. Kisar kasar bawang putih, bawang merah, cili padi, tomato dan belacan.
  2. Tumiskan kesemua bahan tadi. Letak sedikit serbuk kunyit, saffron dan sos tiram. 
  3. Masukkan Udang, perasakan dengan sedikit garam. Gaul sampai sebati. 
  4. Siap! Selamat Mencuba 


Itu sahaja untuk resepi hari ini. Semoga kita berjumpa pada resepi akan datang! Insyaallah! Bye, selamat mencuba. 

Plsstt, kalau anda suka dah buat resepi ini. cuba komen sikit dekat bawah, best tak menu ini dan senang tak cara nak buat? 




Older post Newer post