Organic Saffron is selling fast! Get yours today! Beli Sekarang!
icon-search
icon-search
  • mockup
  • Photo 21-06-2024, 17 09 03
  • Photo 21-06-2024, 17 15 41
  • Photo 21-06-2024, 17 17 34

Stevia An-Nabawi (Pemanis Herba/Herb Sweetener)

RM 35.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Apa itu Stevia?

Stevia adalah pemanis herba semulajadi yang berasal daripada tumbuhan Stevia rebaudiana (Bertoni), berasal dari Amerika Selatan. Ia adalah 200 - 400 kali lebih manis daripada gula biasa dan mempunyai 0 kalori. Stevia diklasifikasikan sebagai pemanis semulajadi dan dibenarkan oleh Akta Makanan 1983, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa itu Monk Fruit?

Monk Fruit (Siraitia grosvenorii) berasal dari pergunungan China dan 150 - 200 kali lebih manis daripada gula biasa tanpa rasa pahit. Buah ini sering digunakan dalam sup atau teh herba tradisional Cina sebagai pemanis dan dipercayai mengandungi banyak khasiat. Monk Fruit juga sifar kalori, karbohidrat, natrium, dan lemak.

Keunikan Stevia Monk Fruit & Vita C!

Campuran Stevia dan Monk Fruit dengan Vita C memberikan pemanis semulajadi yang berkhasiat dan enak untuk minuman dan masakan. Ia dapat membantu mengubat luka, sakit perut, dan kolik, serta mengandungi zat-zat berharga. Pemanis ini adalah zero kalori dan bebas gula.

Kelebihan Stevia MATAN Mart

Pastikan membeli Stevia dari sumber yang betul dan elakkan yang mengandungi dextrosa dan maltodextrin. Pemanis Herba Matan terhasil daripada campuran ekstrak stevia cecair dan manisan buah Monk, memberikan rasa manis yang sedap dan semulajadi. Ia bagus untuk diet kerana 0 kalori dan mengandungi Vita C. Setitis Stevia MATAN bersamaan dengan 2 sudu teh gula (32 kcal) dan 10 ml mengandungi 180 - 200 titis.

Pensijilan / Pengiktirafan Produk

  • Sijil Pengesahan Halal Malaysia, JAKIM

  • Persijilan Makanan Selamat, Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Certificate of Analysis membuktikan bebas gula 100%

  • Fakta nutrisi daripada makmal diiktiraf oleh KKM

Cara Menguji Keaslian Produk Stevia

  1. Rasa Pahit: Ambil setitis dan letakkan di lidah. Rasa pahit dan manis kuat menunjukkan keaslian. Dalam minuman, rasa pahit hilang dan manis sedap.

  2. Molekul Oksigen: Goncangkan 2 titis Stevia dalam 100ml air kosong. Buih putih menunjukkan kandungan stevia yang tinggi.

  3. Tidak Disukai Semut: Stevia tidak diminati semut kerana herba yang pahit. Titis di kawasan semut dan bandingkan dengan gula biasa.




Your cart is currently empty.
Continue shopping